Site icon TechNave BM

Huawei Mate 40 bakal menjadi telefon terakhir yang dilengkapi cipset Kirin

CEO Huawei bahagian kepenggunaan Richard Yu mengatakan bahawa telefon pintar Huawei Mate 40 yang akan dilancarkan pada tahun ini ialah telefon terakhir yang dilengkapi cipset HiSilicon Kirin. Ini adalah kerana Huawei tidak mampu lagi menghasilkan cipset Kirin 9000 berikutan ketiadaan bahan asas untuk mengilang cipset tersebut.

Bermula 15 September, pembekal bahan daripada Amerika Syarikat (AS) tidak boleh berurus niaga dengan Huawei tanpa sebarang kelulusan daripada kerajaan AS. Kilang yang bertanggungjawab mengilang cipset Kirin, Taiwan Semiconductor Manufacturing Company (TSMC), memperoleh bahan asas daripada AS untuk membuat cipset tersebut.

Berikutan arahan baru daripada kerajaan AS, TSMC tidak mampu lagi mengilang cipset Kirin untuk Huawei. Sementara itu, Semiconductor Manufacturing International Corporation (SMIC) di China pula tidak mampu menggantikan TSMC untuk mengilangkan cipset Kirin. Oleh yang demikian, Richard juga mengatakan bekalan Huawei Mate 40 akan menjadi sangat terhad.

Sebelum ini, laporan mengatakan bahawa Mate 40 yang dijual di luar pasaran China mungkin tidak akan dilengkapi cipset Kirin. Masih tidak pasti jika isu ini akan menyebabkan perkara tersebut. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Engadget

Exit mobile version