Site icon TechNave BM

Huawei Mate 40 mungkin akan dilengkapi cipset Kirin 1020 dan teknologi kanta FreeForm

Memandangkan siri Huawei P40 sudah pun dilancarkan, kini kita boleh menjangkakan pelancaran Huawei Mate 40 pula selepas ini dan nampaknya sudah pun terdapat beberapa maklumat awal tentang telefon flagship ini. Menurut penganalisis teknologi Ming Chi-Kuo, Mate 40 akan dikuasai oleh cipset HiSilicon Kirin 1020 dan teknologi kanta FreeForm.

Menurut laporan media, Kirin 1020 akan memberi prestasi lebih tinggi sebanyak 15 peratus sambil mengurangkan kadar penggunaan tenaga sebanyak 30 peratus. Sementara itu, teknologi FreeForm pula mengurangkan kesan pelik seperti efek mata ikan atau kabur dalam gambar yang diambil oleh kanta sudut lebar.

Selain itu Mate 40 juga dilaporkan akan dilengkapi sebuah bulatan kawalan di bahagian belakang yang boleh mengubah kelantangan suara, zum kamera dan menukar muka surat dalam dokumen.

Semua maklumat ini tidaklah disahkan oleh Huawei namun memandangkan ia datang daripada penganalisis ternama, mungkin ada benarnya. Adakah Huawei Mate 40 berada dalam radar anda? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version