Site icon TechNave BM

HUAWEI Mate 40 Pro 4G dengan HarmonyOS dan cipset Kirin 9000 bakal dilancar

HUAWEI baru sahaja melancarkan telefon pintar Mate 40 Pro 4G dan Mate X2 4G yang dilengkapi cipset Kirin 9000 namun tidak menyokong rangkaian 5G. Kini maklumat terbaru mengatakan HUAWEI mungkin akan melancarkan semula Mate 40 Pro 4G namun kali ini dengan sistem operasi HarmonyOS 2.0.

Menurut pengkhabar berita teknologi Digital Chat Station, Mate 40 Pro 4G yang akan dilancarkan semula itu bakal menjadi telefon HUAWEI pertama yang dilengkapi HarmonyOS 2.0 sebaik sahaja ia dikeluarkan daripada kotak. Selain daripada sistem operasi itu, spesifikasinya sama sahaja seperti Mate 40 Pro sebelum ini.

Telefon itu dilengkapi skrin OLED FHD+ 6.76 inci 90Hz, cipset Kirin 9000 tanpa sokongan 5G, RAM 8GB, storan 256GB, kamera utama 50MP, kamera ultra-lebar 20MP, kamera telefoto 12MP, kamera swafoto 13MP, abteri 4,300mAh dan pengecasan pantas 66W.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version