Site icon TechNave BM

HUAWEI Mate 40E dikesan dalam laman web Wireless Power Consortium

HUAWEI telah pun melancarkan siri telefon pintar andalan (flagship) HUAWEI Mate 40 pada bulan Oktober manakala HUAWEI Mate 40 Pro 5G pula telah dilancar di Malaysia beberapa minggu lalu. Kini terdapat maklumat bahawa HUAWEI akan melancarkan satu lagi varian untuk siri Mate 40 iaitu HUAWEI Mate 40E.

Sebuah peranti dengan nombor model OCE-AN00 telah dikesan dalam laman web Wireless Power Consortium (WPC) iaitu sebuah pertubuhan antarabangsa yang bertanggungjawab memantau pelaksanaan pengecasan wayarles. Sebagai rujukan, Mate 40 asal mempunyai nombor model OCE-AN10.

Daripada segi luaran, ia nampak seperti Mate 40 asal dengan susunan kamera berbentuk bulat di belakangnya. Ia dijangka akan dilengkapi cipset Kirin 990E 5G, skrin OLED 6.5 inci dengan resolusi 2376 x 1080 serta kamera yang terdiri daripada kamera utama 50MP, kamera telefoto 8MP dan kamera ultra-lebar 16MP.

Memandangkan HUAWEI Mate 30E telah dilancar di samping siri Mate 40 pada Oktober lalu, tunggu masa sahaja sehingga Mate 40E pula akan dilancar. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version