Apple telah pun mendayakan Face ID untuk mengecam wajah pengguna walaupun memakai pelitup muka. Kini, HUAWEI tidak ketinggalan dalam melakukan perkara yang sama untuk memudahkan penggunanya.
Baru-baru ini, jenama itu mengumumkan bahawa buka kunci muka HUAWEI Mate 50 Pro kini akan dapat mengesan wajah pengguna tanpa menanggalkan pelitup muka. Anda bukan sahaja perlu memiliki Mate 50 Pro, malah peranti itu juga perlu dikemas kini kepada HarmonyOS 3.0 versi 3.0.0.156 atau lebih baharu untuk menggunakan ciri tersebut.
Untuk mendayakan sokongan pelitup muka, anda perlu ke Tetapan (Settings) > Biometrik dan Kata Laluan (Biometric and Passwords) > Pengecaman muka (Face recoginiton) > lakukan ID muka > lakukan rekod ID muka dengan pelitup.
Selain itu, kemas kini terkini turut menambah baik pengalaman fotografi kamera. Changelog kemas kini mengoptimumkan kesan paparan lakaran kecil dan foto dalam beberapa adegan dan dioptimumkan untuk meningkatkan kestabilan kamera.
Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber: HUAWEI Central

