Site icon TechNave BM

HUAWEI Mate 80 Pro, FreeBuds Pro 5, Watch Ultimate 2 dan Band 11 sah bakal dilancar di Malaysia

HUAWEI mengumumkan kepulangan siri Mate ke pasaran global menerusi pelancaran di Madrid dengan model utama HUAWEI Mate 80 Pro disahkan akan memasuki pasaran Malaysia dalam masa terdekat bersama beberapa peranti lain.

Mate 80 Pro hadir dengan sistem kamera True-to-Color yang dipertingkat untuk memastikan ketepatan warna konsisten dalam pelbagai keadaan pencahayaan dan suhu warna termasuk persekitaran campuran dengan fokus kepada hasil imej yang jelas dan realistik tanpa manipulasi berlebihan.

Peranti ini mengekalkan identiti rekaan Dual Space Ring Design yang diperhalusi dengan kemasan premium serta pilihan warna G old, Green dan Black. Mate 80 Pro memperkenalkan AI Composition yang memberi cadangan crop dan zoom secara masa nyata dalam viewfinder serta AI Smart Control yang membolehkan akses pantas ke aplikasi AI melalui dua kali tekan butang kunci.

Selain telefon pintar, HUAWEI turut memperkenalkan FreeBuds Pro 5 dengan pembatalan hingar AI dwi-enjin dan sistem audio dwi-pemacu. Terdapat juga WATCH Ultimate 2 warna hijau dengan ciri selaman, luar dan golf yang dipertingkat serta siri Band 11 dengan paparan lebih besar dan penjejakan kesihatan harian.

HUAWEI Malaysia mengesahkan semua produk ini akan dibawa masuk ke pasaran tempatan tidak lama lagi dengan ketersediaan akan diumumkan kelak. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version