Site icon TechNave BM

HUAWEI Mate X2 dilancar: Telefon lipat dengan skrin 8 inci dan skrin luaran 6.45 inci bermula ~RM11,249

HUAWEI hari ini telah melancarkan telefon pintar lipat generasi kedua iaitu HUAWEI Mate X2 yang menampilkan mekanisme lipatan skrin ke dalam, berbeza dengan telefon sebelum ini yang lipat ke luar. Di samping itu, HUAWEI juga telah memindahkan kamera swafoto daripada skrin utama ke skrin luaran.

Ciri utama telefon ini adalah pada skrin utama yang merupakan skrin lipat OLED berukuran 8 inci dengan resolusi 2480 x 2200, kadar segar semula 90Hz, kadar bacaan sentuhan 240Hz dan 413 piksel per inci (PPI). Skrin keduanya pula berada di luar yang berukuran 6.45 inci dengan kadar segar semula 90Hz, resolusi 2700 x 1160, kadar bacaan sentuhan 240Hz dan 456 PPI.

Ia juga merupakan telefon lipat terbaru yang dilengkapi cipset Kirin 9000 dan unit GPU Mali-G78 dengan 24 teras. Daripada segi bateri, ia berkapasiti 4,500mAh dan menyokong pengecasan pantas 55W.

Daripada segi kamera, ia terdiri daripada kamera utama Ultra Vision Camera 50MP, kamera ultra-lebar Cine Camera 16MP, kamera telefoto 12MP (zum 3x) dan kamera SuperZoom 8MP (zum 10x) yang menyokong fungsi autofokus. Antara ciri kamera yang menarik termasuk Story Creator, Tracking Shot, Steady Shot, Audio Zoom, High-res Time-Lapse dan banyak lagi. Untuk kamera swafoto pula adalah kamera 16MP.

Mate X2 akan dioperasi oleh sistem operasi EMUI 11.0 berdasarkan Android 10 dan akan dijual dalam dua varian memori:

Setakat ini masih tiada maklumat tentang keberadaannya di Malaysia. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Diterjemahkan daripada TechNave

Exit mobile version