Site icon TechNave BM

HUAWEI Mate X2 versi 4G yang lebih murah mungkin akan dilancar tidak lama lagi!

Beberapa bulan yang lalu, HUAWEI telah melancarkan telefon lipat generasi kedua mereka iaitu HUAWEI Mate X2. Peranti tersebut hadir dengan pelbagai spesifikasi yang menarik. Namun, harga yang tinggi menjadikannya sebuah peranti yang khusus untuk golongan tertentu sahaja.

Terbaru, sumber dari Weibo memberi petanda bahawa HUAWEI Mate X2 versi 4G mungkin akan dilancarkan tidak lama lagi. Sumber menyatakan versi 4G ini bakal hadir dengan tanda harga yang lebih murah.

Harga HUAWEI Mate X2 5G, bermula ~RM11,249

Peranti ini dikhabarkan akan mengekalkan hampir semua spesifikasi yang ada pada HUAWEI Mate X2. Reka bentuknya juga dikatakan adalah sama seperti yang asal.

Lihat artikel ini untuk spesifikasi dan ciri HUAWEI Mate X2 5G

Apa pun, khabar angin ini bukanlah dari sumber rasmi HUAWEI.

Nantikan berita lanjut mengenai hal ini di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version