Site icon TechNave BM

HUAWEI Mate X3 dilancar di Malaysia: Telefon lipat dengan skrin 7.85 inci dan 6.4 inci berharga RM8,888

Pada hari ini, HUAWEI Malaysia melancarkan telefon lipat terbaharu untuk pasaran tempatan iaitu HUAWEI Mate X3. Telefon ini mempunyai mekanisme lipatan mirip buku dan mempunyai pelbagai ciri yang membuatkannya lebih unik berbanding kebanyakan telefon lipat lain.

Khas untuk para pembaca TechNave, jika anda membeli HUAWEI Mate X3 melalui pautan ini, anda akan menerima sebuah HUAWEI Powerbank 10,000mAh secara percuma.

Mate X3 mempunyai skrin OLED boleh lipat berukuran 7.85 inci, manakala di hadapan pula ia mempunyai skrin 3D OLED berukuran 6.4 inci. Ini adalah telefon lipat pertama yang menerima dua pengiktirafan TÜV Rheinland Certifications (Colour Accuracy & Precise Colour Projection) untuk menghasilkan kualiti gambar yang cantik.

Skrin yang besar ini memudahkan pengguna untuk membuka beberapa aplikasi serentak. Ia juga boleh menjana prestasi yang pantas dengan cipset Snapdragon 8+ Gen 1. Bagi mengendali suhu yang optimum, ia mempunyai lapisan graphene seluas 1,800 W/m·K untuk meningkatkan pelesapan haba ke luar telefon.

Ia juga mempunyai rekaan yang lebih ringan berbanding telefon lipat lain, dengan berat 239g sahaja. Apabila dilipat, telefon ini mempunyai kenipisan 11.08mm dan apabila dibuka, ia mempunyai kenipisan 5.3mm, membuatkan telefon ini antara telefon lipat paling nipis dalam pasaran.

Telefon ini dilindungi rating kalis air IPX8 untuk melindunginya daripada percikan air ke dalam engsel.

Untuk kamera, ia masih dilengkapi teknologi Ultra Vision XMGAE serupa seperti yang terdapat pada HUAWEI P60 Pro. Kameranya didatangkan dengan sensor RYYB yang boleh menangkap cahaya lebih banyak sebanyak 40% untuk hasilkan imej yang jelas.

Berikut adalah spesifikasi penuh untuk HUAWEI Mate X3:

Pra-tempahan boleh dibuat di semua kedai HUAWEI Experience Stores, laman web HUAWEI Malaysia, Shopee, Lazada dan pengedar sah.

Jika anda membuat pra-tempahan di HUAWEI Experience Store, anda akan menerima hadiah bernilai RM1,260 termasuklah HUAWEI Eyewear dan HUAWEI Care. Jika anda membuat pra-tempahan di laman web HUAWEI pula, anda akan menerima hadiah bernilai RM1,160 termasuklah tablet HUAWEI MatePad SE (4GB+64GB).

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version