Site icon TechNave BM

HUAWEI Mate X6 rasmi di Malaysia dengan rekaan ultra nipis dan ringan, berharga RM8,688

HUAWEI Malaysia secara rasmi memperkenalkan HUAWEI Mate X6, telefon pintar lipat perdana terbaharu yang dilengkapi teknologi terkini untuk memenuhi keperluan pengguna moden. Bersama pelancaran ini, turut diperkenalkan siri HUAWEI nova 13 dan HUAWEI FreeBuds Pro 4.

HUAWEI Mate X6 hadir dengan rekaan yang ringan, tahan lasak dan teknologi kamera canggih. Didatangkan dengan reka bentuk unik Space-Age Orbit Camera dan kemasan eksklusif Nebula Grey Vegan Fibre, Mate X6 menyeimbangkan antara elegan dan fungsi. Peranti ini dilengkapi kamera 50MP Ultra Aperture Camera, ultra lebar 40MP dan telefoto mikro 48MP.

HUAWEI Mate X6 hadir dengan paparan OLED untuk skrin utama bersaiz 7.93 inci dengan resolusi 2440 × 2240 piksel manakala skrin penutupnya bersaiz 6.45 inci dengan resolusi 2440 × 1080 piksel. Selain itu, teknologi skrin LTPO segar semula adaptif 1-120 dan pemalapan PWM frekuensi tinggi 1440Hz memberikan peralihan skrin yang lancar dan selesa.

Mate X6 juga dilengkapi ciri Live Multi-task yang membolehkan pengguna menjalankan sehingga tiga aplikasi serentak pada skrin dalaman. HUAWEI Mate X6 boleh didapati dalam tiga warna iaitu Nebula Red, Nebula Grey dan Black. Harga rasmi ialah RM3,.

Tempahan dibuka bermula 18 Disember 2024 hingga 10 Januari 2025 melalui HUAWEI Experience Stores, laman rasmi HUAWEI dan platform dalam talian seperti Shopee, Lazada serta TikTok Shop. Pelanggan yang membuat tempahan akan menerima pelbagai hadiah eksklusif termasuk HUAWEI Watch Ultimate, perlindungan skrin percuma selama 1 tahun dan rebat tukar beli sehingga RM2,000 untuk model HUAWEI terpilih seperti HUAWEI P50 dan ke atas.

Selain itu, pelanggan juga boleh menebus baucar bernilai lebih RM600 melalui HUAWEI AppGallery termasuk 14 hari percubaan percuma di Celebrity Fitness, baucar filem percuma di Dadi Cinema, diskaun 50% di Superfoods, diskaun 25% untuk kadar terbaik di Lexis Hotel Group dan baucar RM5 di Salad Atelier.

Spesifikasi lengkap HUAWEI Mate X6:

Sebagai tambahan, HUAWEI Mate X6 boleh dimiliki melalui pelan ansuran Maxis Zerolution serendah RM220 sebulan dengan pelan ansuran 36 bulan di bawah Maxis Postpaid 109. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan HUAWEI Mate X6 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version