Site icon TechNave BM

HUAWEI Mate Xs 2 bakal dilancar di Malaysia bersama Watch GT 3 Pro dan Watch Fit 2 pada 18 Mei

Pada bulan April lepas, HUAWEI telah melancarkan peranti boleh lipat generasi kedua iaitu HUAWEI Mate Xs 2. Kini, peranti tersebut akan tiba ke Malaysia lebih awal daripada yang dijangka pada 18 Mei 2022.

HUAWEI Malaysia menyatakan bahawa hari tersebut merupakan untuk pelancaran produk utama manakala hari berikutnya sebagai pelancaran perdana. Selain Mate Xs 2, anda juga akan melihat produk HUAWEI Watch GT 3 Pro dan Watch Fit 2. 

HUAWEI Mate Xs 2 menampilkan paparan OLED 7.8 inci dengan resolusi 2480 x 2200 piksel dan kadar penyegaran semula 120Hz. Ia membawa kamera swafoto 10MP yang diletakkan di sudut kanan atas dan tri-kamera belakang 50MP + ultra lebar 13MP + telefoto 8MP dengan optik 3x, zum digital 30x serta OIS.

Selain itu, ia dikuasakan oleh cipset Snapdragon 888 4G dengan RAM 8/12GB, storan 512GB, bateri 4,880mAh yang menyokong pengecasan pantas 66W dan perisian HarmonyOS 2 HUAWEI.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: TechNave

Exit mobile version