Site icon TechNave BM

HUAWEI Mate Xs 2 dan MatePad SE dilancar: SD 888 4G dengan stilus M-Pen 2s bermula ~RM6,599

HUAWEI telah mengumumkan telefon lipat HUAWEI Mate Xs 2 membawa reka bentuk baharu dan spesifikasi yang dipertingkatkan berbanding model sebelum ini, HUAWEI Mate Xs 2020. 

Ia menampilkan paparan OLED 7.8 inci dengan resolusi 2480 x 2200 piksel dan kadar penyegaran semula 120Hz. Apabila dilipat, skrin mengecil kepada 6.5 dengan resolusi 2480 x 1176 piksel membawa kamera swafoto 10MP yang diletakkan di sudut kanan atas. Walaupun peranti dalam bentuk yang besar, Mate Xs 2 hadir dengan berat 255 gram lebih ringan berbanding Mate Xs seberat 300 gram.

Mate Xs 2 membawakan mekanisme engsel pemutar (rotor hinge) berkembar yang halus untuk meningkatkan ketahanan jangka panjang dan juga tidak meninggalkan kesan lipatan pada paparan. Paparan juga dilindungi polimer dengan struktur empat lapisan baharu. Mate Xs 2 menyokong stylus M-Pen 2s supaya anda boleh mencatat nota atau melakar pada telefon bersaiz tablet ini.

Seperti Mate X dan Mate Xs, ia mempunyai tri-kamera pada Mate Xs 2 iaitu kamera utama 50MP, kamera ultra lebar 13MP dan modul telefoto 8MP dengan optik 3x, zum digital 30x serta OIS. Ia dikuasakan oleh cipset Snapdragon 888 4G dengan RAM 8/12GB, storan 512GB, bateri 4,880mAh yang menyokong pengecasan pantas 66W dan perisian HarmonyOS 2 HUAWEI.

Peranti ini hadir dalam warna putih, hitam dan ungu bermula pada CNY 9,999 (~RM6,599) untuk varian 8/256GB dan kepada CNY 12,999 (~RM8,578) untuk varian 12/512GB. 

Selain itu, HUAWEI turut mengumumkan tablet bajet baharu yang digelar HUAWEI MatePad SE membawakan paparan LCD IPS 10.1 inci dengan resolusi 1920 x 1200 piksel dan cipset Kirin 710A. Ia mempunyai kamera swafoto 2MP dan kamera belakang 5MP. Peranti ini menggunakan perisian HarmonyOS 2, bateri 5,100mAh yang menyokong pengecasan 10W.

Huawei MatePad SE hadir dalam warna biru tua pada harga CNY 1,500 (~RM989) dalam varian Wi-Fi 4/128GB dan CNY 1,699 (~RM1,121) untuk model dengan sambungan selular. 

Namun, kami tidak pasti tentang kehadiran kedua-dua peranti ini untuk pasaran Malaysia. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber:  GSMArena

Exit mobile version