Site icon TechNave BM

HUAWEI Mate Xs 2 dilancar di Malaysia: SD 888 4G, tri-kamera 50MP & bateri 4,600mAh bermula RM7,999

Hari ini, HUAWEI Malaysia melancarkan beberapa peranti termasuk telefon lipat HUAWEI Mate Xs 2. Peranti ini membawa reka bentuk baharu dengan spesifikasi yang dipertingkatkan berbanding model sebelum ini iaitu HUAWEI Mate Xs 2020. 

Spesifikasinya tidak banyak yang berubah seperti yang dilancarkan di China. Ia menampilkan paparan OLED 7.8 inci dengan resolusi 2480 x 2200 piksel dan kadar penyegaran semula 120Hz. Apabila dilipat, skrin mengecil kepada 6.5 inci dengan resolusi 2480 x 1176 piksel.

Terdapat kamera swafoto 10MP yang diletakkan di sudut kanan atas. Walaupun peranti dalam bentuk yang besar, Mate Xs 2 hadir dengan berat 255 gram lebih ringan berbanding Mate Xs yang membawa berat 300 gram.

Mate Xs 2 membawakan mekanisme engsel pemutar (rotor hinge) berkembar yang halus untuk meningkatkan ketahanan jangka panjang dan juga tidak meninggalkan kesan lipatan pada paparan. Paparan dilindungi oleh polimer ber struktur empat lapisan baharu. Peranti juga menyokong stilus M-Pen 2s supaya anda boleh mencatat nota atau melakar pada telefon bersaiz tablet ini.

Ia mempunyai tri-kamera iaitu kamera utama 50MP, kamera ultra lebar 13MP dan modul telefoto 8MP dengan optik 3x, zum digital 30x serta OIS. Ia dikuasakan oleh cipset Snapdragon 888 4G dengan RAM 8/12GB, storan 512GB, bateri 4,880mAh yang menyokong pengecasan pantas 66W dan perisian EMUI 12.

Berikut merupakan spesifkasi ringkas HUAWEI Mate Xs 2:

Peranti ini hadir dalam warna putih dan hitam bermula pada RM7,999 di laman web rasmi HUAWEI, Lazada, Shopee, Harvey Norman, Senheng dan senQ. Anda boleh membuat pra-tempah bermula dari 3 hinga 23 Jun 2022 dan dapatkan hadiah percuma bernilai RM1,400. 

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Exit mobile version