Site icon TechNave BM

HUAWEI Mate XT Ultimate Design dilancar di Malaysia: Telefon lipat belah tiga bermula RM14,999

HUAWEI Malaysia hari ini memperkenalkan telefon lipat pertama dalam dunia dengan skrin yang dibahagi tiga iaitu HUAWEI Mate XT Ultimate Design. Dengan rekaan skrin canggih dan unik ini, ia membenarkan anda melipatnya sebanyak dua kali, berbeza dengan kebanyakan telefon lipat dalam pasaran sekarang yang hanya boleh lipat sekali sahaja.

Apabila skrin telefon ini dibuka sepenuhnya, ia berukuran 10.2 inci jika diukur daripada penjuru ke penjuru. Apabila ia dilipat sekali, ia bertukar menjadi 7.9 inci, kemudian dengan sekali lagi lipatan, ia bertukar menjadi 6.4 inci dengan nisbah aspek mirip telefon biasa.

Sewaktu dibuka sepenuhnya, telefon ini mempunyai rekaan yang sangat nipis iaitu setakat 3.6mm sahaja, manakala apabila dilipat sepenuhnya, ia mempunyai ketebalan 12.8mm sahaja. Walaupun lebih tebal berbanding telefon biasa apabila dilipat sepenuhnya, ia masih selesa digenggam pada tangan. Beratnya pula sekadar 298 gram sahaja.

Skrin ini mempunyai resolusi 3K (3184 x 2232) apabila dibuka sepenuhnya, resolusi 2232 x 2048 apabila dilipat sekali dan resolusi 2232 x 1008 apabila dilipat sepenuhnya. Ia turut mempunyai kamera hadapan 8MP.

Walaupun dengan skrin yang canggih, ia masih mempunyai kamera yang setaraf dengan telefon andalan (flagship) lain. Di belakang, ia mempunyai kamera utama 50MP dengan nilai apertur boleh ubah antara f/1.4 dan f/4.0 untuk kawal tahap cahaya. Ia juga mempunyai kamera telefoto 12MP dengan zum optikal 5.5x, kamera ultra-lebar 12MP dan modul autofokus laser.

Baterinya juga agak besar, dengan kapasiti 5,600mAh, dan boleh dicas dengan kadar pengecasan pantas 66W atau pengecasan wayarles 50W. Sungguh pun begitu, cipsetnya adalah Kirin 9010 dengan nod proses 7nm yang agak perlahan jika dibandingkan dengan cipset Snapdragon 8 Elite yang mempunyai nod proses 4nm.

Berikut adalah spesifikasi penuh untuk HUAWEI Mate XT Ultimate Design:

Ia kini tersedia untuk tempahan di laman rasmi HUAWEI Malaysia serta stor rasmi di Shopee dan Lazada. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon unik ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version