Site icon TechNave BM

HUAWEI Mate40 menjuarai ujian penanda aras AnTuTu untuk bulan Oktober

Perkhidmatan penanda aras (benchmark) telefon pintar AnTuTu telah mengeluarkan senarai penanda aras bagi telefon yang dilancar pada bulan Oktober. Dalam kategori telefon flagship, HUAWEI Mate40 yang baru sahaja dilancarkan telah mendapat markah tertinggi iaitu 685,339.

Peranti flagship HUAWEI itu diikuti dengan iQOO 5 Pro, iQOO 5, vivo X50 dan Redmi K30S dalam lima kedudukan teratas. Cipset Kirin 9000 dalam Mate40 jelas menunjukkan taringnya dalam ujian ini dengan menewaskan semua telefon dengan Snapdragon 865, namun tunggu masa sahaja jika ia mampu menyaingi cipset flagship yang seterusnya daripada Qualcomm, Snapdragon 875.

Untuk kategori telefon pertengahan pula Redmi 10X Pro 5G dan Redmi 10X 5G memegang dua tempat teratas dengan markah 398483 untuk Redmi 10X Pro 5G. Dua telefon tersebut merupakan satu-satunya siri telefon yang dilengkapi cipset Dimensity 820, menunjukkan bahawa cipset itu adalah cipset terbaik untuk telefon kelas pertengahan buat masa ini. Redmi 10X diikuti dengan HONOR 30, HUAWEI nova 7 Pro dan nova 7 untuk tempat ketiga, keempat dan kelima.

Adakah anda berminat untuk mendapatkan mana-mana telefon dalam senarai di atas? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: GSMArena

Exit mobile version