Site icon TechNave BM

HUAWEI Mate40 Pro dilancar di Malaysia: Kirin 9000, OLED 90Hz, cas 66W berharga RM4,299

Bermula 12 Disember 2020, salah satu dari siri HUAWEI Mate40 iaitu HUAWEI Mate40 Pro kini tersedia di pasaran Malaysia. Dengan harga RM4,299, anda bukan sahaja boleh mendapatkan sebuah telefon andalan dari HUAWEI, tetapi juga pelbagai tawaran menarik dan hadiah percuma bernilai sehingga RM3,300.

HUAWEI Mate40 Pro hadir dengan pelbagai spesifikasi menarik seperti janaan cip 5nm pertama Android Kirin 9000, tiga kamera utama Ultra Vision Cine 50MP, dua kamera swafoto Ultra Vision dan cas pantas 66W. Anda boleh menyemak spesifikasi asasnya seperti di bawah atau spesifikasi penuh di pautan ini.

HUAWEI Mate40 Pro boleh didapati pada harga RM4,299 HUAWEI Store (dalam talian) atau mana-mana HUAWEI Experience Store. Syarikat telekomunikasi tempatan turut menyediakan pelan untuk pembelian peranti ini dimana peranti adalah serendah RM119 sebulan untuk pelanggan Celcom, RM98 sebulan untuk pelanggan Digi, dan RM109 sebulan untuk pelanggan Maxis atau U Mobile.

Anda boleh menyemak maklumat lanjut mengenai pelan dari syarikat telko di pautan yang disediakan di bawah.

Setiap pembelian HUAWEI Mate40 Pro pula melayakkan anda untuk menerima pelbagai hadiah menarik berjumlah RM3,300 termasuklah sebuah pembesar suara pintar HUAWEI Sound X!

Berikut adalah hadiah yang boleh dibawah pulang berserta syarat untuk mendapatkannya:

HadiahSyaratNilai Hadiah
HUAWEI Sound X• Siapa cepat, dia dapat
• Terhad kepada 1000 unit
• Perlu ditebus melalui HUAWEI Member Center di antara 18 Disember – 20 Disember 2020
RM1,299
HUAWEI Video• Langganan VIP hiburan DimSum 3 bulan + 1 bulan HUAWEI Video
• Sah dari 12 Disember 2020 hingga 28 Februari 2021 sahaja
• Langganan mesti ditebus dalam masa sebulan setelah telefon diaktifkan
RM33
HUAWEI Book• R-Voucher bernilai RM40
• Hanya satu (1) penebusan untuk satu (1) ID pelanggan
• R-Voucher perlu ditebus sebelum 12 Disember 2021
RM40
HUAWEI Pay• Bermula 12 Disember 2020 hingga 12 Mach 2021
• 50% potongan harga untuk pemegang kad kredit ICBC UnionPay Dual Currency
• Setiap bulan, 3 pelanggan teratas yang berbelanja melalui kad kredit ICBC UnionPay Dual Currency (dengan perbelanjaan minima RM500) berpeluang memenangi: 1 x HUAWEI P40 Pro atau 1 x HUAWEI Freebuds 3 atau 1 x HUAWEI GT2e
RM100
HUAWEI Member Center• Tawaran eksklusif HUAWEI Mate40 Pro dari Sunway Resort, Plaza Premium First dan banyak lagi bernilai RM1,800
• Semua ganjaran ahli perlu ditebus sebelum 31 Disember 2020
RM1,800
HUAWEI AppGallery• 20% potongan harga melalui HUAWEI Points untuk 2 pembelian in-app pertama, bagi aplikasi yang dimuat turun daripada HUAWEI AppGallery
• Hanya dari 12 Disember 2020 hingga 31 Disember 2020
Tiada
Storan Cloud 50GB• 50GB storan Cloud selama 12 bulan
• Langganan mesti ditebus sebelum 11 Disember 2021
RM46.80

Adakah anda berminat dengan HUAWEI Mate40 Pro? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version