Site icon TechNave BM

HUAWEI Mate40 versi RS Porsche dilengkapi ciri imbas suhu badan anda dan objek

Baru-baru ini, HUAWEI telah mengesahkan siaran majlis pelancaran siri HUAWEI Mate40 dan FreeBuds Studio terbaru yang akan berlangsung pada 22 Oktober 2020, jam 8PM (waktu Malaysia). Terkini, sumber mendedahkan bahawa salah satu varian HUAWEI Mate40 akan dilengkapi fungsi imbas suhu!

Untuk pengetahuan anda, HUAWEI akan melancarkan empat varian siri Mate40 iaitu; HUAWEI Mate40, HUAWEI Mate40 Pro, HUAWEI Mate40 Pro+ dan HUAWEI Mate40 Edisi RS Porsche. Kesemua peranti ini mungkin hadir dengan cipset Kirin 9000.

Menurut sumber, HUAWEI telah mengeluarkan aplikasi yang masih diuji bernama ‘Thermometer’. Aplikasi ini dikhabarkan hanya menyokong HUAWEI Mate40 Edisi RS Porsche.

Aplikasi Thermometer dalam bahasa Mandarin

Aplikasi ini digunakan untuk mengukur suhu sesuatu objek dan suhu badan manusia. Menurut deskripsi pada aplikasi, pengguna perlu selarikan posisi sensor pada peranti dengan objek yang ingin diimbas suhunya. Imbasan suhu boleh dilakukan tanpa kehadiran punca suhu lain dalam jarak 50cm. Peranti akan menghasilkan getaran apabila ia sudah mengimbas suhu.

Apa pun, fungsi ini bukanlah fungsi baharu kerana terdahulu, HONOR Play 4 Pro dilengkapi fungsi pengimbas suhu. Namun, ia mengimbas suhu berdasarkan teknologi sensor inframerah.

HONOR Play 4 Pro

Kami masih tidak mempunyai maklumat rasmi tentang bagaimana pengimbas suhu ini berfungsi. Namun, kita boleh menantikan berita rasmi melalui pelancarannya kelak. Apakah pendapat anda mengenai hal ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk beirta teknologi terkini.

Baca berita lepas mengenai HUAWEI termasuklah spesifikasi dan ramalan harga siri HUAWEI Mate40.

Sumber: IT Home

Exit mobile version