Site icon TechNave BM

Diskaun RM1,000 untuk HUAWEI Matebook 14 melalui HUAWEI Flagship Store di Lazada

Setelah menerima maklum balas positif mengenai HUAWEI MateBook 14 yang dinanti-nantikan dalam kalangan pelanggan, HUAWEI teruja untuk melanjutkan promosi istimewa secara eksklusif melalui HUAWEI Flagship Store di Lazada bermula 18 Mac 2023 hingga 21 Mac 2023.

Rebut peluang anda sekarang untuk membeli HUAWEI MateBook 14 Intel Core i5 (16GB + 512GB Skrin Sentuh) pada hanya RM2,999 (RRP: RM 3,999). Pengguna juga layak menerima hadiah percuma bernilai sehingga RM697 seperti beg galas HUAWEI CD60, HUAWEI CD20 Bluetooth Mouse Swift (Midnight Black) dan waranti dua tahun untuk pembelian HUAWEI MateBook 14 Intel Core i5 (16GB + 512GB).

Untuk spesifikasi, HUAWEI MateBook 14 kini dilengkapi dengan RAM 16 GB dan storan ROM 512GB dan menggunakan skrin sentuh beresolusi 2K FullView. Selain itu terdapat bateri berkapasiti 56 Wh dengan sokongan pengecasan 65W yang menyokong HUAWEI SuperCharge dan komputer riba boleh bertahan sehingga 2.5 jam untuk 15 minit pengecasan.

Untuk maklumat lanjut tentang promosi atau maklumat terkini, sila lawati laman rasmi HUAWEI, Facebook, Instagram, Twitter atau Gedung Utama HUAWEI di Lazada. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version