Site icon TechNave BM

HUAWEI MateBook 14s, nova 9 dan Watch GT 3 bakal dilancar di Malaysia pada 28 Oktober 2021

Hari ini, HUAWEI Malaysia mengumumkan bahawa mereka bakal mengadakan acara Pelancaran Produk Musim Gugur (APAC) tidak lama lagi. Acara ini dijadualkan berlangsung pada 28 Oktober 2021 jam 19:00. Dalam pelancaran tersebut, syarikat itu akan melancarkan HUAWEI MateBook 14s, nova 9 dan siri Watch GT 3.

Untuk pengetahuan, MateBook 14s telah dilancarkan di China pada pertengahan September. Ia adalah komputer riba baharu yang menampilkan paparan FullView 14 inci dalam resolusi 2.5K, nisbah aspek 3:2 dan kadar penyegaran semula 90Hz.

Komputer riba ini juga menggunakan cipset Intel Core Gen-11th dan terdapat juga versi beta PC AppGalery. Pengguna mengharapkan ciri Kesambungan Berbilang Peranti yang dapat diselaraskan dengan telefon, tablet atau monitor HUAWEI hadir untuk komputer riba ini.

nova 9 adalah sebuah telefon pintar baharu yang masih belum didedahkan. Namun, apa yang kita ketahui ialah ia menyokong kamera Ultra Vision 50MP, paparan 6.57 inci yang menyokong kadar penyegaran semula 120Hz dan teknologi SuperCharge 66W.

Seterusnya, Watch GT 3 akan menampilkan AI Running Coach dengan lebih daripada 100 mod latihan, teknologi pemantauan denyutan jantung serta jangka hayat bateri yang bertahan hingga dua minggu. Anda boleh menonton acara tersebut secara langsung di laman Facebook rasmi HUAWEI Malaysia pada tarikh dan waktu yang telah disebutkan di atas.

Adakah anda berminat dengan salah satu peranti HUAWEI yang bakal dilancarkan ini? Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version