Site icon TechNave BM

HUAWEI MateBook D14/15 baru dilancar: Dilengkapi pemproses Tiger Lake bermula ~RM3,108

Semalam, HUAWEI telah melancarkan dua model komputer riba baharu dengan naik taraf beberapa spesifikasi asas. HUAWEI MateBook D14 dan HUAWEI MateBook D15 kini rasmi di pasaran China terlebih dahulu dengan harga bermula pada 4,999 Yuan (~RM3,108).

HUAWEI MateBook D14 baharu ini hadir dengan pemproses Intel Generasi Ke-11 Tiger Lake, RAM 16GB dan storan SSD 512GB. ANda boleh memilih untuk mendapatkan varian pemproses i7-1165G7 atau i5-1135G7. Jika anda memilih varian i7, anda akan mendapat pemproses grafik Intel Iris Xe, manakala varian i5 dilemgkapi pemproses grafik Nvidia GeForce MX450. MateBook D14 memiliki skrin 14 inci yang menyokong 100% sRGB.

HUAWEI MateBook D15 juga memiliki varian pemproses yang sama dengan MateBook D14. Namun, ia memiliki skrin berukuran 15 inci, sokongan anti silau dan banyak lagi ciri untuk perlindungan mata pengguna. Seperti MateBokk D14, ia juga menyokong 100% sRGB.

Setakat ini, komputer riba ini hanya rasmi di pasaran China. Namun, kita pastinya boleh menjangkakan ia bakal hadir di Malaysia kerana HUAWEI MateBook D14 generasi terdahulu sudah ada di pasaran Malaysia.

Harga HUAWEI MateBook D14 (2021)

Harga HUAWEI MateBook D15 (2021)

Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version