Site icon TechNave BM

HUAWEI Matebook D15 dijual pada harga promosi, diskaun RM300 untuk masa terhad

Komputer riba sering menjadi pilihan ramai orang untuk menghadiri kelas, menonton Netflix dan sebagainya. HUAWEI MateBook D15 memberikan anda banyak kemudahan dan bukannya sekadar komputer riba.

Ia dilengkapi dengan paparan HUAWEI FullView yang didatangkan dengan TÜV Rheinland Low Blue Light dan diperakui Flicker-Free. Selain itu, HUAWEI Share dan Multi-screen Collaborations yang dipertingkatkan dalam HUAWEI MateBook D15 membolehkan sambungan peranti yang berbeza berfungsi bersama dengan lancar. Dengan ini, anda boleh memindahkan fail, skrin cermin dan mempunyai interaksi antara PC dan sistem Android dengan cara yang lebih mudah. 

Matebook D15 sudah pasti melindungi privasi anda dengan fungsi keselamatannya yang bebas rumit. Ia mencegah pencerobohan berkaitan privasi dengan sensor bacaan cap jari yang terletak pada butang kuasa serta kamera tersembunyi. Akhir sekali, ia dikuasakan oleh cipset Intel Generasi ke-10 i3 dan i5.

Anda boleh dapatkan Matebook D15 mulai hari ini hingga 31 Mac 2022 pada harga yang lebih berpatutan berbanding sebelum ini. 

ProdukHarga Runcit (RRP)PromosiHadiah Percuma*
HUAWEI MateBook D15 10th Gen i3 (8+256GB)RM 2,399RM 2,099HUAWEI Backpack
HUAWEI MateBook D15 10thGen i5 (8+512GB)RM 2,999RM 2,799HUAWEI Backpack

Anda boleh ke HUAWEI Experience Store terdekat atau laman web rasmi HUAWEI untuk mendapatkan HUAWEI MateBook D15. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Exit mobile version