Site icon TechNave BM

HUAWEI Matebook E didedahkan hadir dengan HUAWEIKeyboardAPP berharga ~RM4,269

HUAWEI akan mengadakan acara pada 17 November di mana kami menjangka mereka akan mendedahkan Huawei MateBook E baharunya. Peranti itu akan hadir dengan pendekatan buku nota dua dalam satu. Menurut laporan dari IT Home, HUAWEI telah memuat naik HUAWEIKeyboardAPP ke Windows 11 Microsoft Store.

Peranti tersebut akan menggunakan Windows 11 dan aksesori papan kekunci turut dibungkus rapi. Pendedahan menunjukkan ia mempunyai bicu audio 3.5 mm dan bezel nipis. Papan kekunci itu kelihatan fleksibel kerana boleh dilaraskan mengikut pelbagai jenis tetapan dan sudut.

Menurut laporan itu, HUAWEIKeyboardAPP hadir untuk HUAWEI MateBook E sahaja dan tidak boleh digunakan dengan MateBook E yang lama mulai 2019.  Ia dikatakan akan hadir dengan ciri yang boleh berfungsi dengan peranti lain. HUAWEI MateBook E mungkin boleh menambah baik papan kekunci dan dan sokongan stilus serta dijangka akan memperkenalkan lebih banyak ciri yang  memaksimumkan kapasiti penggunaan pada komputer riba baharu itu. 

Beratnya hanya 709 gram dan berharga sekitar 7,088 Yuan (~RM4,629). Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizchina

Exit mobile version