Site icon TechNave BM

HUAWEI MateBook X dilancarkan: Intel 10th Gen, lebih ringan dengan harga bermula ~RM4,820

Terkini, HUAWEI telah melancarkan komputer riba HUAWEI MateBook X di pasaran China, dengan penawaran ciri yang lebih mudah alih.

Antara ciri mudah alih yang menonjol adalah beratnya hanya 1kg walaupun saiz skrin 13.3 inci adalah sama dengan saiz skrin HUAWEI MateBook X Pro. Dengan ini, MateBook X ialah 25% lebih ringan berbanding MateBook X Pro. Anda boleh menyemak ciri teknologi dan spesifikasi HUAWEI MateBook X di bawah:

Menurut HUAWEI, MateBook X boleh memainkan video berterusan sehingga 9 jam. Komputer riba ini dipasarkan di China dengan harga bermula pada 7999 Yuan (~RM4,820) bergantung pada varian pemproses.

Apa pun, kami masih ketiadaan maklumat berkenaan kehadirannya di pasaran Malaysia. Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Baca berita lepas mengenai peranti-peranti HUAWEI termasuklah mengenai peranti HUAWEI dengan servis Google anda masih akan dapat kemas kini.

Sumber: tech.qq

Exit mobile version