Site icon TechNave BM

HUAWEI MateBook X Pro di Malaysia: Komputer riba ‘flagship’ untuk pengguna yang mahukan prestasi terbaik berharga RM7,999

HUAWEI Malaysia hari ini telah mengumumkan sebuah komputer riba MateBook X Pro yang telah dikemas kini untuk tahun 2020. Ia menampilkan skrin Ultra FullView Display besar yang mempunyai nisbah skrin-ke-badan setinggi 91% dengan nisbah aspek 3:2, membuatkannya sesuai untuk tugas perniagaan dan penghasilan kandungan dalam talian (online content creation).

Skrin LTPS yang berukuran 13.9 inci itu menyokong resolusi sehingga 3K dan sentuhan (touchscreen) sehingga 10 titik untuk penggunaan yang lebih intuitif. Selain itu, ia dikuasai oleh CPU Intel Core generasi ke-10 i7-10510U dan NVIDIA GeForce MX250 dengan 2GB GDDR5, memberikan prestasi yang pantas untuk gaming, penyuntingan video dan grafik serta tontonan multimedia.

Daripada segi audio, ia mempunyai empat pembesar suara untuk kualiti audio yang jelas dan empat mikrofon yang boleh mengesan suara anda sejauh empat meter. Walaupun dengan spesifikasi yang begitu hebat, ia mudah dibawa ke mana-mana kerana ia hanya mempunyai berat 1.33kg dan ketebalan senipis 14.6mm.

MateBook 13
MateBook D 14 dan D 15

Selain itu, HUAWEI juga menawarkan MateBook 13 bermula dengan harga RM3,499 yang telah diperbaharui dengan 10th Gen Intel Core, RAM 16GB dan paparan 2K HUAWEI FullView Display. Komputer riba mudah alih ini turut dilengkapi fungsi Multi-sentuh, Kolaborasi Multi-skrin dan butang kuasa dengan sensor cap jari untuk kemudahan anda. Jika anda masih ingat tentang komputer riba MateBook D 14 dan D 15 yang terdahulunya dilancarkan secara global, kini ianya hadir di Malaysia dengan harga RM2,899. Kedua-dua komputer riba ini mempunyai spesifikasi yang berbeza, namun melengkapkan kesempurnaan untuk menjadi komputer riba dengan harga mampu milik.

MateBook X Pro yang berharga RM7,999 akan mula dijual pada 16 Mei namun anda boleh menempahnya pada 12 Mei untuk hadiah percuma seperti HUAWEI Sound X, HUAWEI Bluetooth Mouse, HUAWEI Backpack dan HUAWEI Band 4. Anda juga boleh mendapatkan MateBook 13, MateBook D 14 atau D 15 dengan tawaran hadiah percuma seperti di atas kecuali HUAWEI Sound X. Beritahu kami di Facebook jika anda akan menempahnya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version