Site icon TechNave BM

HUAWEI MateBook X Pro dilancar di Malaysia: Komputer riba dengan Intel 12th Gen berharga RM9,999

Di samping melancarkan sebuah tablet 11 inci, HUAWEI Malaysia turut melancarkan sebuah komputer riba premium iaitu HUAWEI MateBook X Pro. Komputer ini dilengkapi cipset 12th Gen Intel Core i7 dan pelbagai spesifikasi tercanggih untuk tugas produktiviti yang boleh dilakukan dengan pantas.

MateBook X Pro dilengkapi skrin LTPS berukuran 14.2 inci dengan resolusi 3.1K (3120×2080), nisbah aspek 3:2, kadar segar semula 90Hz dan sempadan bezel nipis untuk memberikan nisbah skrin-ke-badan sebanyak 92.5%. Ia mempunyai warna biru Ink Blue di sekelilingnya.

Spesifikasi dalamannya terdiri daripada cip Intel Core i7-1260P, RAM LPDDR5 16GB, storan SSD NVMe PCIe 1TB, pemproses grafik Intel Iris Xe dan bateri 60Wh. Untuk penggunaan audio, ia mempunyai enam pembesar suara dan empat mikrofon.

Ciri-ciri lain termasuklah butang kuasa yang turut berfungsi sebagai pengimbas cap jari, dua port USB-C, dua port Thunderbolt 4 dan bicu audio 3.5mm.

MateBook X Pro akan dijual pada harga RM9,999 dan boleh dibeli di laman web HUAWEI Malaysia, Shopee, Lazada dan kedai HUAWEI. Jika anda membelinya sebelum 31 Ogos 2022, anda akan menerima dua hadiah percuma iaitu perisian Microsoft Office Home & Student 2021 (bernilai RM529) dan pembesar suara HUAWEI Sound Joy (bernilai RM1,398).

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan komputer ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version