Site icon TechNave BM

HUAWEI MatePad 11″ PaperMatte Edition dilancar di Malaysia: Tablet 11″ dengan permukaan skrin mirip kertas bermula RM2,299

Pada hari ini, HUAWEI Malaysia telah melancarkan tablet terbaru iaitu HUAWEI MatePad 11″ PaperMatte Edition. Tablet 11 inci ini menampilkan skrin PaperMatte Display dengan permukaan matte, supaya ia mempunyai tekstur seperti kertas dan kurang pantulan cahaya.

HUAWEI mengatakan skrin ini meningkatkan perlindungan mata, menghasilkan pengalaman menulis seperti atas kertas dengan stilus HUAWEI M-Pencil, dan kawalan sentuh yang lebih lancar. Skrinnya mempunyai kadar segar semula 120Hz, resolusi 2.5K dan menyokong gamut warna P3.

Tablet ini mempunyai warna hitam Graphite Black dan rekaan yang ringan supaya ia mudah dibawa ke mana-mana. Ia mempunyai bateri yang boleh bertahan sehingga 12 jam dan empat pembesar suara HUAWEI Histen 8.0. Untuk memori, ia mempunyai RAM 8GB dan storan dalaman 128GB.

HUAWEI MatePad 11″ PaperMatte Edition akan dijual untuk pasaran Malaysia pada harga RM2,299. Para pembeli awal akan menerima hadiah bernilai RM1,496, termasuklah stilus HUAWEI M-Pencil 2nd Generation, HUAWEI Microfiber Polishing Cloth, Smart Keyboard dan perlindungan skrin selama enam bulan.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan tablet ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version