Site icon TechNave BM

HUAWEI MatePad 12 X dilancar di Malaysia: Tablet 12″ dengan bateri 10,100mAh, cas pantas 66W berharga RM2,999

HUAWEI Malaysia hari ini memperkenalkan sebuah tablet baharu iaitu HUAWEI MatePad 12 X. Tablet ini mempunyai skrin berukuran 12 inci dan menawarkan penggunaan mirip komputer riba, terutamanya apabila ia digabungkan dengan papan kekunci.

Skrinnya mempunyai lapisan PaperMatte yang membuatkannya rasa seperti kertas apabila disentuh, serta bersifat kalis minyak supaya anda tidak meninggalkan kesan cap jari. Ia juga mempunyai teknologi Nanoscale Anti-Glare Etching bagi menghasilkan cahaya yang lembut dan tidak menyakitkan mata, walaupun selepas tontonan yang lama.

Ia didatangkan dengan aplikasi WPS Office yang mempunyai kegunaan mirip Microsoft Office365 seperti menaip dokumen, mencipta slaid pembentangan, menyediakan spreadsheet dan banyak lagi. Untuk penggunaan seperti komputer, tablet ini boleh digabungkan dengan papan kekunci NearLink Keyboard dan stilus M-Pencil.

Aplikasi lain yang disertakan termasuklah HUAWEI Notes untuk catatan nota atau lakaran ringkas, dan GoPaint App untuk menghasilkan karya seni.

Ia mempunyai bateri 10,100mAh yang boleh menyediakan tempoh mainan video sehingga 14 jam, manakala teknologi pengecasannya pula adalah HUAWEI SuperCharge 66W yang boleh mengecas penuh tablet ini dalam masa 85 minit sahaja.

Berikut adalah spesifikasi penuh untuk MatePad 12 X:

Pra-tempahan akan dibuka sehingga 29 November 2024 di laman web HUAWEI, Shopee, Lazada atau kedai-kedai HUAWEI Experience Store. Setiap pra-tempahan akan disertakan dengan hadiah percuma seperti HUAWEI FreeBuds 5, HUAWEI M-Pencil 3rd Gen, HUAWEI Smart Magnetic Keyboard, HUAWEI Mouse, HUAWEI Back Pack dan perlindungan skrin selama setahun.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan tablet ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version