Site icon TechNave BM

HUAWEI WATCH FIT, FreeLace Pro, MatePad tersedia di Malaysia: Harga bermula RM399

HUAWEI Malaysia akan mula menjual beberapa produk baru hari ini, terdiri daripada tablet MatePad dan MatePad T 10, jam tangan pintar WATCH FIT dan earphone FreeLace Pro. Keempat-empat produk ini boleh dibeli dari kedai HUAWEI Experience Stores dan dalam talian melalui HUAWEI Store.

Tablet MatePad merupakan tablet 10.4 inci dengan M-Pencil yang dijual pada harga RM1,399 manakala MatePad T 10 pula adalah tablet mampu milik yang mempunyai skrin 9.7 inci dan berharga RM799. Jika anda membeli MatePad pada hari ini, anda boleh mendapatkan hadiah percuma seperti papan kekunci, HUAWEI Cloud Storage dan banyak lagi. Untuk MatePad T 10 pula, anda boleh membelinya pada harga istimewa RM499 pada hari ini sahaja.

Buat mereka yang gemar bersukan pula, WATCH FIT (RM499) dan FreeLace Pro (RM399) boleh menjadi aksesori yang bernilai untuk senaman anda. WATCH FIT mempunyai 96 mod sukan, panduan bersenam dan bateri yang boleh tahan selama 10 hari. Earphone FreeLace Pro pula dilengkapi teknologi pembatalan hingar aktif dan boleh memainkan muzik selama 24 jam.

Malah dengan membeli WATCH FIT, anda berpeluang untuk bermain badminton bersama atlit kebangsaan Goh Liu Ying dan Chan Peng Soon pada 26 dan 27 September. Beritahu kami di Facebook jika anda akan membeli mana-mana produk di atas dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version