Site icon TechNave BM

HUAWEI MatePad Pro 11 dilancar di Malaysia: SD888, OLED 11″ 120Hz dan bateri 8,300mAh bermula RM2,999

HUAWEI Malaysia hari ini mengumumkan keluaran tablet 11 inci yang paling ringan dan nipis iaitu HUAWEI MatePad Pro 11 di Malaysia yang boleh ditempah mulai 19 Ogos 2022 ini. Menampilkan paparan OLED WQXGA 11-inci 120Hz, beratnya 499 gram dan ketebalan hanya 5.9mm.

MatePad Pro 11 didatangkan dalam dua varian cipset iaitu Qualcomm Snapdragon 870 atau Snapdragon 888 dipasangkan dengan RAM 8GB. Baterinya berkapasiti 8,300mAh dengan sokongan pengecasan pantas 66W untuk versi LTE dan pengecasan sehingga 44W untuk versi WiFi.

HUAWEI mendakwa bahawa hayat bateri boleh bertahan selama 11.5 jam main balik video HD 1080p dan 8.5 jam untuk melayari internet. Daripada segi pengimejan, MatePad Pro 11 menampilkan persediaan dwi-kamera ultralebar 13MP + 8MP di bahagian belakangnya dan kamera swafoto 16MP di hadapan.

Ia juga mempunyai ciri HUWEI Sound enam pembesar suara untuk audio dan persediaan empat mikrofon. MatePad Pro 11 berharga RM2,999 untuk varian 8/128GB manakala varian 8/256GB LTE dijual pada harga RM3,699. Tablet ini boleh mula ditempah dari 19 hingga 26 Ogos 2022 dengan hadiah percuma bernilai sehingga RM1400 seperti di bawah:

Anda boleh mendapatkan tablet ini melalui laman rasmi HUAWEI, Shopee, Lazada dan kedai rasmi HUAWEI. Adakah anda berminat dengan tablet HUAWEI ini? Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Exit mobile version