Sewaktu acara HUAWEI APAC Smart Office Launch 2022 di Thailand semalam, HUAWEI telah memperkenalkan tablet HUAWEI MatePad Pro 11 yang menampilkan skrin berukuran 11 inci dan rekaan senipis 5.9mm sahaja.
Skrin tablet ini mempunyai panel OLED Real Colour HUAWEI FullView Display dengan kadar segar semula 120Hz dan nisbah skrin-ke-badan sebanyak 92%. Ia juga merupakan tablet pertama yang mempunyai pengiktirafan TÜV Rheinland Full Care Display 3.0 untuk pancaran cahaya biru yang lebih selesa untuk mata pengguna.
Ia mempunyai berat 440 gram dan merupakan tablet pertama yang dilengkapi pembesar suara HUAWEI SOUND. Untuk aksesori, HUAWEI MatePad Pro boleh digunakan bersama stilus HUAWEI M-Pencil (2nd Generation) dan papan kekunci HUAWEI Smart Magnetic Keyboard.
Seperti produk lain yang dilancar dalam acara ini, MatePad Pro 11 menyokong fungsi HUAWEI Super Device untuk penggunaan mudah bersama peranti HUAWEI lain. Selain itu, tablet ini mempunyai fungsi HUAWEI Notes, Multi-Window dan banyak lagi fungsi-fungsi canggih lain.
HUAWEI MatePad Pro 11 akan dilancar di Malaysia pada bulan Ogos 2022. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

