HUAWEI Malaysia bakal melancarkan tablet flagship yang terbaru, HUAWEI MatePad Pro 13.2″, pada hari Selasa, 18 Februari 2025. Ia akan dilancarkan bersama telefon tri-lipat pertama daripada HUAWEI iaitu HUAWEI Mate XT Ultimate Design.
Dengan skrin sebesar 13.2 inci, tablet ini menyediakan pengalaman mirip komputer untuk kegunaan profesional, pembelajaran, hiburan dan lain-lain tugas. Tablet ini mempunyai sistem pelesapan haba 3D bagi memastikan suhunya kekal terkawal walaupun sewaktu penggunaan yang berat.
Untuk para pengguna yang gunakan tablet ini untuk tugasan berat seperti suntingan video, pengekodan atau multi-tugas, ia mempunyai mod turbo yang boleh bertahan lebih lama sehingga 85% berbanding generasi sebelumnya. Dengan kemajuan dalam teknologi penyejukan, tablet ini boleh menjana prestasi lebih pantas sebanyak 30% berbanding generasi sebelumnya.
Skrinnya menggunakan panel Flexible OLED PaperMatte 13.2 inci dengan kecerahan puncak 1,000 nits dan nisbah skrin-ke-badan sebanyak 94% untuk tontonan yang mengasyikkan. Ia mempunyai beberapa pengiktirafan yang membuktikan tontonan selesa pada mata, seperti SGS Low Visual Fatigue 2.0 Premium Performance Certification, TÜV Rheinland Full Care Display 3.0 dan Reflection Free Certifications.
Tablet ini turut didatangkan dengan aplikasi WPS Office Suite untuk menaip dokumen, mengurus spreadsheet dan mencipta slaid pembentangan.
Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan tablet ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

