Site icon TechNave BM

HUAWEI MatePad Pro 13.2″ rasmi di Malaysia, miliki cipset Kirin 900s bermula RM4,599

HUAWEI baru sahaja melancarkan MatePad Pro 13.2 inci secara rasmi untuk pasaran global termasuk Malaysia. Ia merupakan tablet nipis dan ringan terbaharu yang menampilkan spesifikasi segmen perdana dan pertama kali diperkenalkan untuk pasaran China pada bulan September lalu.

MatePad Pro 13.2″ menggunakan paparan OLED 13.2 inci yang dilengkapi resolusi 2.8K, kadar penyegaran 144Hz, kecerahan puncak 1,000 nits dan salutan anti-pantulan. Ia dilengkapi cipset Kirin 9000s yang dipasangkan dengan RAM 12GB dan pilihan storan 256GB atau 512GB storan.

Untuk sambungan, ia menyokong Bluetooth 5.2 dan Wi-Fi 5. Bahagian belakang tablet menampilkan dua kamera, iaitu kamera utama 13MP serta ultra lebar 8MP. Bahagian hadapan pula terdapat kamera swafoto 16MP bersebelahan penderia ToF 3D.

MatePad Pro 13.2″ hadir dengan bateri 10,100mAh dengan sokongan pengecasan pantas 88W. Bagi aksesori, tablet ini serasi dengan Papan Kekunci Magnetik Pintar serta M-Pensil gen ke-3 yang mempunyai 10,000 tahap penderiaan tekanan.

MatePad Pro 13.2″ telah disenaraikan di kedai Shopee dan Lazada rasmi milik HUAWEI, tetapi ia masih belum memberikan sebarang butiran mengenai harga atau ketersediaannya.

Spesifikasi lengkap HUAWEI MatePad Pro 13.2″

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version