Site icon TechNave BM

HUAWEI MatePad Pro (2022) dilancar di Malaysia: Berharga RM4,299 pada 15 Disember 2022

HUAWEI mengumumkan tablet andalannya iaitu HUAWEI MatePad Pro pada harga RM4,299 mulai 15 Disember 2022. HUAWEI MatePad Pro generasi baharu mmebawa peningkatan reka bentuk luaran, kualiti skrin, pengalaman audio-visual, perisian dan perkakasan.

Ia menggunakan paparan OLED 12.6 inci 120Hz dengan reka bentuk ergonomik, warna yang bergaya dan kemasan beku pada penutupnya. Tablet baharu ini menawarkan nisbah skrin-ke-badan 90%, ketepatan warna ΔE < 1 dan 1.07 bilion warna memberikan tontonan yang jelas dan nyata.

Dengan Teknologi Ketekalan Warna Universal dan Pensijilan TÜV Rheinland Full Care Display 3.0, ia memberikan warna yang konsisten dan cahaya biru yang rendah untuk keselesaan mata. Ia juga dilengkapi dengan sistem audio HUAWEI SOUND di mana lapan pembesar suara menawarkan frekuensi tinggi dan rendah untuk pengalaman audio-visual sinematik.

Bagi pengguna HUAWEI, anda pasti tahu ciri Pengganda Aplikasi dan Berbilang Tetingkap (Multi-Window) untuk melakukan pelbagai tugas. Ciri ini dipertingkatkan dengan leretan yang mudah dan pantas untuk pengguna membuka hingga empat aplikasi secara bersebelahan dan terapung secara.

Perisian yang digunakan adalah HarmonyOS 3 dengan reka latar skrin utama dan widget yang boleh disesuaikan. Aplikasi Nota profesional yang dibangunkan HUAWEI membolehkan pengguna menyunting dan menyusun nota secara profesional. Ciri Ambil Coretan (Take Snippet) membenarkan pengguna mengambil teks daripada gambar dari mana-mana halaman.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version