Site icon TechNave BM

HUAWEI MatePad Pro 5G diumumkan di Malaysia, tablet premium Kirin 990 5G berharga RM3299

HUAWEI MatePad Pro 5G akan dijual secara rasmi di Malaysia bermula 26 Jun ini, beberapa bulan selepas MatePad Pro versi 4G memasuki pasaran Malaysia.

Tablet HUAWEI ini akan hadir dengan 10.8 inci skrin FullView dengan nisbah skrin ke badan sebesar 90%. Ia menggunakan cipset flagship Kirin 990 5G dengan sokongan RAM 8GB jenis LPDDR4X. Selain itu, tablet ini juga mempunyai bateri sebesar 7,250mAh yang menyokong pengecasan secara wayar 40W dan 27W secara wayarles. Tablet ini juga mampu untuk pengecasan wayarles terbalik 7.5W.

Dengan ciri HUAWEI Share, ia mampu menyokong multi-screen collaboration antara tablet 5G ini dengan peranti HUAWEI anda yang lain. Ini memudahkan untuk proses pemindahan fail, bermain lagu, mengangkat panggilan dan menulis nota.

HUAWEI MatePad Pro 5G warna Forest Green akan dilancarkan dengan harga RM3,299 storan 256GB pada 26 Jun ini. Pembelian tablet MatePad Pro 5G antara 26 Jun sehingga 30 November ini akan hadir sekali dengan hadiah percuma video HUAWEI 3 bulan dimsum , 3 bulan Qello Concert dan 3 bulan The Explorers serta 12 bulan storan 50GB Huawei Cloud.

Untuk pelanggan yang ingin mendapatkan Smart Magnetic Keyboard, ianya dijual pada tanda harga RM499 bersama hadiah percuma HUAWEI M-Pencil yang berharga RM299, sementara stok masih ada.

Selain tablet 5G ini, HUAWEI App Gallery Carnival juga sedang berlangsung dari 19 Jun hingga 30 Jun dan anda berpeluang untuk memenangi hadiah berharga sehingga 2 juta ringgit. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web HUAWEI Malaysia.

Terus kekal dengan Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version