Site icon TechNave BM

HUAWEI MatePad Pro dilancar di Malaysia: Tablet OLED 12.6 inci, cipset Kirin 9000E bermula RM3,999

HUAWEI Malaysia hari ini telah melancarkan tablet HUAWEI MatePad Pro yang menampilkan skrin OLED FullView berukuran 12.6 inci, cipset Kirin 9000E dan stilus HUAWEI M-Pencil (generasi ke-2). Ia bakal dijual di Malaysia bermula hari Jumaat, 18 Jun pada harga RM3,999.

Tablet ini mempunyai skrin OLED sebesar 12.6 inci dengan resolusi 2560×1600, nisbah skrin-ke-badan sebanyak 90% dengan sempadan bezel 5.6mm dan ketepatan warna ∆E<0.5 untuk penghasilan imej yang tepat. Ia turut dilengkapi lapan pembesar suara untuk mutu audio yang jelas serta empat mikrofon bagi kegunaan panggilan video.

Untuk memudahkan tugas penulisan dan lukisan, skrin tablet ini menyokong HUAWEI M-Pencil yang mempunyai tindak balas secepat 9 milisaat dan ia mempunyai 4,096 titik tekanan. Ia juga menyokong papan kekunci HUAWEI Smart Magnetic Keyboard yang boleh dicas secara wayarles apabilan dihubungkan dengan MatePad Pro.

Tablet ini juga dilengkapi sistem operasi HarmonyOS terbaru oleh HUAWEI yang membenarkan hubungan mudah di antara pelbagai gajet HUAWEI seperti pembesar suara, televisyen dan kereta. Ia juga boleh dihubungkan dengan komputer riba untuk fungsi cerminan skrin (screen mirroring) dan kerjasama multi-skrin (multi-screen collaboration).

Berikut adalah spesifikasi penuh untuk HUAWEI MatePad Pro:

HUAWEI Malaysia kini sedang menganjurkan kempen pra-tempahan untuk HUAWEI MatePad Pro sehingga 17 Jun di HUAWEI Store Online, HUAWEI Experience Store, Lazada dan Shopee. Setiap pra-tempahan akan menerima hadiah bernilai RM1,747 termasuk HUAWEI M-Pencil, Smart Magnetic Keyboard, Classic Backpack 3, HUAWEI Cloud Storage 50GB selama tiga bulan dan HUAWEI Video VIP selama sebulan.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version