Site icon TechNave BM

HUAWEI MatePad SE 10.4″ pada harga diskaun, rebat RM300 mulai 1 hingga 11 Disember 2022

HUAWEI Malaysia akan menawarkan MatePad SE 10.4 inci yang dilancarkan di Malaysia pada 4 November lepas pada harga diskaun. Harga runcitnya adalah RM999, tetapi pelanggan boleh membeli tablet itu dengan rebat segera RM300 serta berpeluang memenangi sepasang HUAWEI FreeBuds 4i percuma.

Baucar RM300 akan disediakan di laman web rasmi HUAWEI, kedai rasmi HUAWEI di Shopee dan kedai utama HUAWEI di Lazada. Perlu diingatkan bahawa unit MatePad SE yang dipromosikan adalah versi WiFi 4GB + 64GB. Seramai 12 orang pemenang FreeBuds 4i akan diumumkan dalam beberapa tempoh bermula pada 3hb, 6hb, 9hb dan 12hb Disember di laman Web Rasmi HUAWEI’.

Untuk meringkaskan spesifikasi tablet ini, ia menampilkan paparan LCD 10.4 inci dengan resolusi FHD+, cipset Snapdragon 680, RAM 4GB, storan 128GB dan bateri 5,100mAh. Ia mempunyai kamera belakang 5MP, kamera hadapan 2MP dan menggunakan HarmonyOS 3. Sistem audio tablet disokong oleh teknologi HUAWEI Histen 8.0.

Promosi akan bermula dari 1 hingga 11 Disember 2022. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

Exit mobile version