Site icon TechNave BM

HUAWEI MediaPad C5 10 dilancarkan, Kirin 810 + bateri 7250mAh berharga ~RM1,395 di China

Terkini, HUAWEI telah melancarkan tablet terbaru HUAWEI MediaPAd C5 10 di pasaran China. Penawaran tablet ini dilihat tampil dengan harga yang berpatutan bersama kehadiran bateri yang besar dan cipset yang berprestasi.

HUAWEI MediaPad C5 10 hadir dengan skrin yang lebih besar 10.4 inci berbanding model sebelumnya, HUAWEI MediaPad C5. Walaupun ianya tablet kelas permulaan, namun HUAWEI masih memberi kapasiti bateri yang agak besar iaitu 7250mAh. Anda boleh melihat ciri dan spesifikasi asas HUAWEI MediaPad C5 10 seperti di bawah.

Untuk pengetahuan anda, harga dalam Ringgit Malaysia (RM) yang dipaparkan adalah harga tukaran dari harga rasmi peranti dalam mata wang di pasaran China. Tablet versi Wi-Fi varian 4GB+64GB berharga 2299 Yuan (~RM1,392),  varian WiFi 4+128GB pula berharga 2699 Yuan (~RM1635) dan varian telco 4+64GB berharga 2699 Yuan (~RM1635).

Setakat ini, kami masih ketiadaan maklumat mengenai keberadaannya di Malaysia. Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: mydrivers

Exit mobile version