Site icon TechNave BM

HUAWEI mempatenkan kaca mata AR dengan kamera ‘pop-up’ boleh berputar

Pembinaan kaca mata realiti terimbuh (AR) bukan sesuatu yang baru kerana terdapat beberapa jenama hadir dengan berita pembinaannya. Terdapat sumber yang mendedahkan bahawa HUAWEI telah mempatenkan kaca mata AR dengan beberapa spesifikasi menarik!

Antara spesifikasi menarik pada paten kaca mata AR HUAWEI ini adalah kewujudan kamera pop-up bermotor sama seperti yang anda lihat pada telefon pintar. Kamera ini dikatakan boleh berputar arah untuk mengambi gambar pada sebelah pandangan kanan dan kiri pemakai.

Terdapat aplikasi yang boleh digunakan untuk mengawal kamera pop-up ini. Seperti kamera pop-up pada telefon pintar, ia akan tersorok di belakang bingkai kaca mata jika anda tidak mengaktifkannya.

Paten ini telah melepasi China National Intellectual Property Office. Namun, perlu diingatkan bahawa apa yang terpapar di paten tidak semestinya menjadi rekaan akhir sesebuah produk.

Apakah pendapat anda mengenai kaca mata AR dengan kamera pop-up ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version