Site icon TechNave BM

HUAWEI menafikan berita kononnya mereka ingin menjual jenama telefon pintar Mate dan P

Hari ini, media Reuters telah melaporkan bahawa HUAWEI kini sedang dalam perancangan untuk menjual jenama telefon pintar utama mereka, HUAWEI Mate dan HUAWEI P, kepada firma pelaburan dari Shanghai, China. Walau bagaimanapun, HUAWEI telah mengeluarkan kenyataan di mana mereka menafikan berita tersebut.

Dalam sebuah kenyataan, HUAWEI mengatakan berita tersebut hanyalah khabar angin yang tidak berasas. Mereka tidak mempunyai sebarang perancangan untuk menjual jenama telefon pintar mereka dan akan bertekad sepenuhnya untuk menghasilkan produk yang bermutu tinggi buat pelanggan mereka di seluruh dunia.

Terdahulu, Reuters melaporkan bahawa HUAWEI ingin menjual jenama HUAWEI P dan HUAWEI Mate kerana mereka ingin memintas larangan dagangan yang telah dikenakan terhadap mereka oleh kerajaan Amerika Syarikat (AS). Pada November 2020, HUAWEI telah pun menjual jenama HONOR kepada syarikat luar dan tidak lama selepas itu, HONOR mula menjalin kerjasama dengan syarikat AS seperti Intel, Microsoft dan Qualcomm.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Reuters

Exit mobile version