Site icon TechNave BM

HUAWEI mendaftar paten telefon pintar yang boleh dipasangkan dengan sebuah kanta zum

HUAWEI telah mendaftarkan sebuah paten di Pejabat Harta Intelek Kesatuan Eropah (EUIPO) yang menunjukkan sebuah rekaan telefon pintar yang boleh dipasangkan dengan sebuah kanta zum luaran. Ini adalah bagi memberi kebolehan zum mirip kamera sebenar di dalam telefon pintar.

Sebelum ini, kebolehan zum dalam telefon pintar memang mempunyai kekangan kerana pembina telefon pintar perlu membina sebuah peranti kecil yang mudah dipegang, oleh itu agak sukar untuk menyertakan sebuah teknologi kamera yang boleh menyaingi kamera sebenar kerana ini akan memerlukan ruang yang banyak.

Dalam paten HUAWEI ini, telefon tersebut mempunyai tiga kamera yang terdiri daripada dua kamera kecil dan sebuah sensor besar yang boleh digabungkan dengan kanta luaran. Selain itu, telefon tersebut mempunyai port USB Type-C, butang kuasa dan pengawal volume.

Ternyata, ini adalah sebuah rekaan yang menarik daripada HUAWEI. Sebelum ini, Motorola juga telah mencuba konsep yang sama dalam Moto Mod namun ia gagal dipasarkan kepada umum.

Apakah pendapat anda tentang paten HUAWEI ini? Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Tiger Mobiles, Gizmochina

Exit mobile version