Site icon TechNave BM

HUAWEI menjangkakan penurunan jualan telefon pintar sebanyak 60%

Terbaru, HUAWEI dilaporkan telah memberitahu pembekal komponen telefon pintar mereka untuk menjangka penurunan pesanan sebanyak 60%. Hal ini berlaku akibat halangan dari kerajaan Amerika Syarikat yang telah bermula sejak tahun lalu.

Sebelum ini, HUAWEI pernah menyatakan bahawa mereka tidak akan menjual bisnes telefon pintar mereka. Namun, mereka dijangkakan akan kehabisan bekalan cipset tidak lama lagi akibat dari sekatan tersebut.

Sumber menyatakan HUAWEI menjangkakan bakal menghasilkan sekitar 70 ke 80 juta telefon pintar sahaja, jauh berbeza dari jumlah jualan setinggi 189 juta unit pada tahun lalu.

Tambahan lagi, HUAWEI juga dijangka tidak akan melancarkan pelbagai model kelas andalan pada tahun ini akibat dari kekurangan bekalan komponen untuk telefon 5G mereka. Namun begitu, mereka dilaporkan akan masih menghasilkan telefon HUAWEI Mate X2 dan HUAWEI P50.

Adakah anda bersimpati dengan nasib syarikat HUAWEI ini? Berikan komen anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber : Gizmochina

Exit mobile version