Site icon TechNave BM

Dalam diam, HUAWEI sebenarnya miliki teknologi cas pantas 200W!

Baru-baru ini di sidang media telefon siri HUAWEI Mate40 di China, eksekutif HUAWEI Yu Chengdong menyatakan bahawa mereka mempunyai teknologi cas pantas 120W sama seperti syarikat pengeluar yang lain, Xiaomi dan iQOO. Malah, HUAWEI turut memberitahu bahawa mereka juga mempunyai teknologi pengecasan pantas sehingga 200W. Persoalannya, kenapa HUAWEI tidak menggunakan teknologi ini pada peranti terbarunya?

HUAWEI menjelaskan bahawa teknologi pengecasan pantas 66W adalah yang paling sesuai untuk teknologi pengecasan pantas telefon mereka buat masa ini. Hal ini kerana kelajuan sehingga 200W ini lebih logik dan sesuai digunakan pada peranti yang mempunyai bateri yang jauh lebih besar.

Jika teknologi ini digunakan pada siri HUAWEI Mate40, ia akan menyebabkan telefon itu menjadi lebih tebal dan saiz baterinya akan menjadi lebih besar. Yu Chengdong juga menjelaskan bahawa pengecasan wayarles 50W adalah pilihan kelajuan yang paling seimbang. Kelajuan yang lebih dari 50W akan menjadikannya tidak stabil sewaktu pengecasan.

Secara teorinya, jika pengecasan pantas 200W digunakan pada telefon siri HUAWEI Mate40, ia akan mengambil masa kurang dari 15 minit untuk pengecasan penuh dari 0% ke 100%.

Lihat artikel lepas untuk berita lanjut mengenai telefon siri HUAWEI Mate40.

Adakah anda terkejut dengan kelajuan pengecasan yang HUAWEI miliki? Berikan pendapat anda mengenai berita ini di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber : Gizhina

Exit mobile version