Site icon TechNave BM

HUAWEI mohon UK pertimbangkan semula sekatan kerana Trump bukan lagi presiden

Jika anda peka dengan industri telefon pintar atau teknologi, anda pasti sudah tahu mengenai isu sekatan oleh Amerika Syarikat (AS) terhadap HUAWEI. HUAWEI kini dilaporkan memohon UK untuk mempertimbangkan semula sekatan memandangkan Presiden AS terdahulu, Trump kini sudah tidak menjawat jawatan tersebut.

Melalui sebuah temubual di antara The Guardian dan Naib Presiden HUAWEI Victor Zhang, beliau berharap agar keputusan tersebut (sekatan) boleh dipertimbangkan semula memandangkan Donald Trump tidak lagi menjadi Presiden AS dan pengurusan AS mungkin mengaplikasikan inisiatif lain.

Sebenarnya, UK membenarkan syarikat di bawah negaranya bekerja dengan HUAWEI sebelum ini. Namun, sengketa di antara presidennya dengan Trump membuatkan UK akur untuk mengeluarkan arahan sekatan tersebut.

Menurut Victor Zhang, jika UK inginkan negara yang seimbang, mereka perlu melabur dalam ‘rangkaian bertahap dunia’ yang mana menjadi asas untuk menutup jurang ketidakstabilan ekonomi di UK. Kerajaan juga pastinya tidak ingin ketinggalan dalam revolusi 5G.

Anda boleh membaca berita lepas mengenai HUAWEI disini. Apakah pendapat anda mengenai hal ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: GSMArena

Exit mobile version