Site icon TechNave BM

Huawei mungkin akan lancarkan siri nova 7 lewat bulan ini, dijual pada harga bermula ~RM1,230

Menurut sebuah tulisan di Weibo, Huawei akan melancarkan model terbaru dalam siri nova, Huawei Nova 7, pada 23 April. Sebelum ini, siri telefon pintar itu sudah pun mendapat kelulusan daripada Agensi Penerimaan Rangkaian Peralatan Telekomunikasi (Telecommunications Equipment Network Acceptance Agency, TENAA) di China.

Menurut tulisan tersebut, siri nova 7 merangkumi nova 7 SE, nova 7 dan nova 7 Pro. nova 7 SE akan dijual dalam jurang harga ¥2,000-3,000 (~RM1,230-1,845), nova 7 pada harga ¥3,000 (~RM1,845) dan nova 7 Pro pula dalam jurang harga ¥3,500-4,000 (~RM2,150-2,460). Walaupun ia dikhabarkan akan dilancar pada 23 April, jualan rasmi hanya akan bermula pada 28 April.

Masih tiada maklumat rasmi tentang siri nova 7, tetapi antara khabar yang menarik ialah ia mungkin akan dilengkapi cipset Kirin 820, Kirin 985 atau Kirin 990 5G. Selain itu, menurut pengiktirafan 3C (Compulsory Certification of China), siri nova 7 dilengkapi pengecasan pantas 40W, skrin LCD dengan skrin berlubang (punch-hole) dan pengimbas cap jari di bahagian sisi. Untuk nova 7 Pro pula, ia dilengkapi skrin OLED hyperboloid dan pengimbas cap jari dalam skrin.

Jika anda berminat pada nova 7i yang sudah dilancarkan pada Februari lalu, layari laman web kami untuk lihat senarai harga di seluruh negara. Adakah siri nova 7 yang mendatang ini berada dalam radar anda? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizchina

Exit mobile version