Berdasarkan sumber dalam talian, HUAWEI dikhabarkan sedang dalam proses penghasilan sebuah cipset sekecil 3nm. Cipset 3nm ini dikhabarkan akan hadir dengan nama Kirin 9020 dan ia mungkin akan dilancarkan seawal hujung tahun ini.
Walaupun tiada lagi telefon pintar yang dikaitkan dengan cipset ini, ia dapat memberi gambaran mengenai perancangan HUAWEI dalam masa yang terdekat. Baru-baru ini, HUAWEI dilihat telah memohon tanda dagangan “Kirin Processor”. Ini menandakan bahawa mereka masih lagi ingin menghasilkan cipset Kirin untuk telefon pintar dan peranti mereka yang lain.
Apa pun, berita ini hanyalah khabar angin sahaja. Buat masa ini, tiada lagi informasi dari sumber rasmi mengenai cipset Kirin bersaiz 3nm.
Jika anda terlepas, pada awal bulan ini, IBM dilaporkan telah berjaya menghasilkan cipset bersaiz 2nm.
Ikuti kami di Facebook dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

