Site icon TechNave BM

HUAWEI mungkin lancarkan sarung telefon 5G untuk peranti 4G

Terdapat sumber dari Weibo mendedahkan bahawa HUAWEI mungkin mengeluarkan sarung telefon 5G yang membolehkan peranti 4G untuk transit ke sambungan 5G. Pada masa ini, peranti HUAWEI tidak menyokong sambungan 5G kerana sekatan cipset. Teknologi baru ini boleh membuktikan sesuatu untuk peranti HUAWEI walaupun optik dan keupayaan prestasi sistem belum ditetapkan.

Cipset yang menyokong rangkaian 5G pasti lebih lancar berbanding sarung telefon 5G tetapi ia mungkin memberikan prestasi yang lebih baik daripada 4G. Masih belum ada pengesahan rasmi daripada HUAWEI mengenai sarung telefon 5G tersebut  namun sumber dari Weibo menyatakan ia sememangnya kurang cekap daripada cipset 5G.

Imej menunjukkan potongan kamera besar yang mempunyai rupa siri HUAWEI P50. Sarung ini juga mempunyai gabungan warna merah dan biru di bahagian belakang dan jalur rangkaian (network bands) pada semua sisi untuk penerimaan rangkaian 5G yang lebih baik.

HUAWEI masih berusaha untuk memberikan pengguna peranti dengan sokongan 5G, walaupun selepas ia mengalami sekatan yang menyukarkannya untuk menghasilkan peranti 5G. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: Gizmochina 

Exit mobile version