Site icon TechNave BM

HUAWEI nova 11 SE dilancar: Miliki SD 680, kamera 100MP dan pengecasan pantas 66W berharga RM1,301

Hari ini, HUAWEI secara rasmi mengeluarkan telefon pintar baharu iaitu HUAWEI nova 11 SE. HUAWEI nova 11 SE boleh didapati dalam tiga warna seperti Snow White dan Obsidian Black. Badannya nipis dan ringan dengan ketebalan hanya 7.39mm dan berat 186g.

Daripada segi paparan, ia dilengkapi dengan skrin OLED 6.67 inci, kadar penyegaran 90Hz, paparan warna 1.07 bilion, nisbah skrin-ke-badan 91.85%, fungsi peredupan 10,000 langkah dan minimum kecerahan sehingga 1.8 nit. Bahagian hadapan terdapat kamera swafoto 32MP yang menyokong potret tekstur domain RAW dan piksel besar gabungan 1.4 mikron. 

Bahagian belakangnya terdapat kamera utama 100MP, makro 2MP dan ultra lebar 8MP yang menyokong teknologi domain RAW 2.0. HUAWEI nova 11 SE dilengkapi Snapdragon 680 dan bateri berkapasiti 4,500mAh yang menyokong pengecasan pantas 66W. Selain itu, peranti ini juga telah diprapasang dengan sistem operasi Harmony 4.0.

HUAWEI nova 11 SE menawarkan dua versi storan iaitu 8/256GB dan 8/512GB masing-masing berharga 1,999 yuan (~RM1,301) dan 2,199 yuan (~RM 1,431). Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan Tecno Pop 8 terbaharu ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: HUAWEI

Exit mobile version