Site icon TechNave BM

HUAWEI nova 13 dilancar di Malaysia: Skrin 120Hz, cas pantas 100W, kamera hadapan 60MP bermula RM1,299

HUAWEI Malaysia hari ini memperkenalkan siri telefon pintar kelas pertengahan terbaru, HUAWEI nova 13, yang terdiri daripada tiga varian utama iaitu HUAWEI nova 13, HUAWEI nova 13i dan HUAWEI nova 13 Pro.

Antara ciri menarik pada siri telefon ini boleh dilihat pada HUAWEI nova 13 Pro, di mana ia dilengkapi kamera hadapan 60MP Ultra-Wide Front Camera yang menawarkan medan penglihatan seluas 100° yang lebih luas berbanding telefon lain, dan memudahkan anda mengambil swafoto bersama rakan-rakan.

Di belakang, ia mempunyai kamera utama 50MP Adjustable Aperture Camera dengan nilai apertur boleh berubah antara f/1.4 dan f/4.0 untuk menghasilkan gambar dengan efek latar belakang kabur. Ia juga mempunyai lensa zum 5X Portrait Zoom Lens dan 3X Optical Zoom Telephoto Portrait Camera.

HUAWEI nova 13
HUAWEI nova 13 Pro

Di hadapan, skrinnya mempunyai fungsi AI Eye Comfort Display untuk menghasilkan tontonan yang selesa serta AI HDR yang menggabungkan teknologi HDR dan algoritma AI untuk menjana imej dan warna yang lebih jelas. Untuk kadar segar semula, HUAWEI nova 13 Pro mempunyai kadar setinggi 120Hz.

Semua varian nova 13 mempunyai bateri berkapsiti 5,000mAh dan akan menawarkan pengecasan pantas 100W HUAWEI SuperCharge Turbo yang boleh mengecas baterinya sehingga 50% dalam masa sembilan minit sahaja.

Berikut adalah spesifikasi penuh untuk siri HUAWEI nova 13:

Pra-tempahan boleh dibuat bermula hari ini sehingga 10 Januari 2025 di kedai-kedai HUAWEI Experience Store, laman web HUAWEI Malaysia, Shopee, Lazada atau TikTok Shop. Setiap pra-tempahan akan disertakan dengan hadiah percuma seperti HUAWEI FreeBuds 5i atau HUAWEI Scale 3.

Anda juga boleh buat pra-tempahan melalui aplikasi HUAWEI AppGallery, dan anda boleh dapatkan baucar eksklusif bernilai lebih RM500 daripada pelbagai jenama seperti Celebrity Fitness, Dadi Cinema dan banyak lagi.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan siri telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version