Site icon TechNave BM

HUAWEI Nova 7 SE edisi baru mungkin hadir dengan cipset Dimensity 800U, harga lebih murah

Pada bulan April yang lalu, HUAWEI telah melancarkan telefon pintar HUAWEI Nova 7 SE bersama telefonnya yang lain iaitu Nova 7 dan Nova 7 Pro di China. Untuk pasaran Malaysia pula, HUAWEI Nova 7 SE ini telah pun dilancarkan secara rasmi pada bulan Jun yang lalu dan ianya masih lagi menjadi peranti 5G termurah di Malaysia buat masa ini.

Kini, sumber terbaru menyatakan bahawa HUAWEI bakal melancarkan sebuah lagi telefon pintar edisi baru untuk HUAWEI Nova 7 SE yang akan menggunakan cipset Mediatek Dimensity 800U yang berlainan dari cipset asalnya, Kirin 820 5G.

Sumber tersebut juga memberitahu bahawa edisi baru Nova 7 SE ini akan mempunyai dimensi, skrin dan kamera yang sama seperti model yang asal. Yang menarik lagi, harga telefon edisi baru ini dijangka rendah sedikit berbanding edisi asal.

Hal ini berkaitan dengan sebuah telefon pintar dengan nombor model CND-AN00 yang telah dikesan di pangkalan data badan pengawalseliaan China, teena. Model ini dilihat hadir dengan skrin saiz 6.5 inci dengan bateri 4,000 mAh dan pensijilan 3C untuk peranti ini menunjukkan bahawa ia bakal hadir dengan pengecas pantas 40W sama seperti HUAWEI Nova 7 SE sebelum ini.

Pensilijan 3C untuk CND-AN00

Adakah peranti ini bakal memasuki pasaran Malaysia? Komen pendapat anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version