Site icon TechNave BM

HUAWEI nova 7i, HUAWEI nova 7 SE 5G kini boleh didapati dengan potongan harga RM200

Seperti yang dijangkakan, bulan Disember yang kini tiba turut membawa promosi jualan menarik untuk disambar. HUAWEI Malaysia kini mengumumkan bahawa terdapat diskaun potongan harga sebanyak RM200 untuk HUAWEI nova 7i dan HUAWEI nova 7 SE 5G sempena jualan Year-End Super rewards.

Untuk pengetahuan anda, harga asal HUAWEI nova 7i ialah RM1,099, manakala HUAWEI nova 7 SE 5G ialah RM1,499. Selepas mendapat potongan harga, siri HUAWEI nova 7 yang dinyatakan ini hanya bermula dengan harga RM899 sahaja. Dengan pembelian, anda juga boleh menebus ganjaran HUAWEI Cloud percuma sehingga 50GB di HUAWEI Member Center.

Anda boleh menyemak spesifikasi HUAWEI nova 7i dan HUAWEI nova 7 SE 5G pada pautan biru yang disediakan. Promosi jualan ini berlangsung bermula 1 Disember sehingga 31 Disember 2020 di gedung talian HUAWEI atau mana-mana HUAWEI Experience Store.

Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia dan ikuti kami di Facebook untuk berita HUAWEI terkini.

Exit mobile version